Wednesday, May 12, 2010

PENGEPIT BULU MATA

1. Untuk memilih pengepit bulu mata mestilah mempunyai getah yang elestik, tidak terlalu keras dan padat untuk mengelakkan bulu mata tersempit / sakit ketika mengepit.

2. Gunakan pengepit bulu mata selepas menggunakan eyeshadow dan selepas memakai mascara.

3. Jangan guna pengepit bulu mata segera setelah memakai mascara kerana bulu mata akan patah jika di sepit terlalu cepat. Dengan itu, biarkan seketika.

4. Bersihkan getah pengepit bulu mata itu dengan cotton bad agar mata tidak kelihatan comot dengan sisa mascara yang lama. Jika perlu, gantikan getah pengepit bulu mata dengan yang baru.

5. Jangan menarik pengepit dari bulu mata jika masih dalam keadaan tertutup, akibatnya bulu mata akan tercabut.

6. Gantikan sahaja dengan pengepit yang baru / getah pengepit apabila ia kelihatan kotor & menipis.

7. Jangan pakai pengepit bulu mata yang murah kerana bulu mata mudah tercabut & pengepit bulu mata itu tidak tahan lama.